Sunday, January 10, 2010

Praktikal di Balai Polis Tuaran dan Balai Polis Beaufort

Pada 21 November hingga 26 November 2009, platun senior tahun 3 telah menjalankan latihan praktikal yang berada di dua tempat iaitu Tuaran dan Beaufort. Platun ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk praktikal tersebut. Bagi kita orang pengalaman macam ni memang tak dapat dilupakan apabila dapat menjalani kehidupan sebagai seorang polis yang sebenar-benarnya..hehe.. banyak juga la kerja-kerja yang kami lakukan (meronda kawasan pekan dan kerja dalam pejabat) untuk menimba pengalaman. Banyak juga "kejadian-kejadian" yang berlaku semasa kami menjalankan tugas.. (tangkap orang jual rokok..) memang penat juga meronda kawasan pekan selama 3 jam.. gambar di atas ini merupakan sebahagian daripada anggota pelatih yang bertugas di Tuaran..

Friday, November 6, 2009

Aktiviti Outdoor di ODEC,UMS

Aktiviti ni da lama sangat pun.. tapi rasanya saya nak masukkan juga supaya aktiviti yang kecil2 macam ni kita tak terlepas pandang. Lagipun kalau diingat balik seronok juga ikut suksis ni sebab banyak aktiviti sebelum ni yang tak pernah di buat 'terpaksa dibuat' hehehehe.... aktiviti ni adalah anjuran pihak UMS, antara aktiviti masa tu ada kayak, perahu naga (kalau tak silap la, hee..lupa da...) tangkap itik lagi tu...paintball (sherlly yang ikut wakil kami hehehe)... ok la walaupun ada yang tak dapat ikut aktiviti masa tu, dapat juga tengok laut (haha ntah nampak ape)... Dari gambar ni jer korang boleh tau semuanya 'happy' betul... hahahaha bukan sebab ikut aktiviti tapi sebab kita satu platun datang...memberi komitmen di antara satu dengan yang lain... mantap la tu hee... :)

Majlis Makan Malam untuk senior Suksis

Majlis makan malam untuk senior2 suksis (tahniah buat mereka) telah diadakan di Sutera Harbour. Ahli2 yang mengurus 'dinner' ni terdiri daripada anggota platun tahun kita dan juga anggota batch 08/09. Pengarah majlis ni adalah Encik Fairul (yang duduk 4 dari sebelah kiri) dan di sebelah Fairul yang berbaju batik warna oren itu adalah ketua platun lelaki tahun kita orang, Johan (teruk juga keadaan meja kamu tu, hehehe)... Apa2 pun tahniah diucapkan kepada semua AJK kerana berjaya melaksanakan tugas masing2 dan telah menjayakan majlis ini dengan baik (walaupun agak ringkas). :) peace!

Hari Kokum jua ni...

Hari Kokum UMS

Jejaka-jejaka hebat + sorang wanita ayu (hehe sape tu) yang sentiasa menyokong aktiviti UMS (ye ker...hahaha...sendiri je la yang tau kan).. masa ni kita semua di jemput untuk menghadiri Majlis Hari Kokum yang di adakan d Dewan Canselor, UMS. Bukan setakat tu jer, ada separuh daripada kita telah membuat persembahan (ala2 dikit barat, cuma tune je tak sampai hee...), dari sebelah kiri paling hadapan, 2 dari kiri: presiden kita orang, namanya Kasram (siap pandang kamera lagi..tau2 je ni hehe)... walaupun agak terlambat tapi nak ucapkan tahniah dan jalankan la tanggungjawab anda dengan adil dan penuh ikhlas...

Thursday, November 5, 2009

Kem Semester bersama Polis Gerakan Am (PGA)

















Setiap kali sebelum nak cuti semester, kita orang mesti ada kem semester. Tapi pada kem semester kali ini (15.5.09), kami bekerjasama dengan PGA dari area KK juga... Aktiviti ini pun best sebab kami di ajar pasal pandu arah dan bergerak berkumpulan di dalam hutan (hutan kecik je dekat area ums tu..belakang menara pentadbiran). Memang penat giler la masa ni sampai berat badan kita semua turun (hmm ye ker?) hehe apa tidaknya sampai 2 kali naik turun bukit 700m tu, pas tu nak pi situ pun kena berlari dari stadium sampai la ke bukit (adui kalau ingat balik, memang penat fuhh). Selepas tu semua jadi "fit" hahaha boleh la jadi polis hutan kalau macam ni kan? hee.. :) Terima kasih la pada semua jurulatih masa tu sebab ajar kami semua supaya tak sesat kat dalam hutan... selain itu, kami di ajar cara nak hidup dalam hutan (sampai ada yang masak air dalam lopak,nasib baik tak kena paksa minum), khemah pun lawa2 (ntah kukuh ke tak) hehehe... walaupun musim masa tu tak menentu,jap hujan, jap panas, (kulit kita semua jadi gelap) tapi puas hati juga dan 'happy' la ada pengalaman macam ni. Anyway to all of you guys... memang mantap bah...

Bakti siswa Suksis di Semporna, Sabah

Perjuangan ini telah menjadi kenangan yang terindah apabila kami berjaya menjalankan bakti siswa di Semporna (jauhnya ni...). Walaupun ramai yang tak dapat hadir (kerana menjalankan tugas lain yang penting), tapi kami berasa sangat terharu juga la... dapat membuat bakti kepada sebahagian penduduk yang tinggal di sana...Perjalanan yang sangat jauh (naik bus UMS mmg pening dan memenatkan laa) langsung tidak memadamkan semangat kami untuk menunaikan hasrat membantu penduduk kampung di sana... banyak juga aktiviti yang best2 kami buat siap dengan aktiviti makan biskut lagi tue... hehehe.. Semasa aktiviti gotong-royong juga, memang terharu betul la bila satu kampung sambut kedatangan kami siap dengan iringan pemuzik tempatan dan khemah (mcm upacara besar-besaran "menteri datang" ni hihihihi).. semua pun rajin betul menebas lalang2 kat situ... paling tak dapat dilupakan malam terakhir kami melaksanakan majlis penutupan dibantu oleh pihak polis Semporna (terima kasih banyak2 pada pihak mereka) dan persembahan mantap (kunun la, hehe "chicken dance") haha rasa lucu juga tapi bangga la ada penari2 yang hebat..(ntah di import dari mana ni). Memang best la dapat pi sana dengan kawan-kawan suksis ni... sporting ja semua.. terima kasih banyak2... :)