Sunday, February 14, 2010

Praktikal di Tuaran - Tamparuli





Bekerjasama dengan PDRM Kota Kinabalu sempena majlis "CITY PARADE"

Terlebih dahulu saya nak minta maaf sebab part yang ni... saya tiada gambar masa kita semua bertugas... (jadi saya menggambarkan sj la keadaan tu, hehe).. uisshhh memang penat giler la malam tu, Tuhan saja la yang tahu kepenatan yang kami rasa masa bertugas... mana tidak nya berdiri sampai 6-7 jam, yang meronda lagi la.. kena berjalan kaki.. tapi takpe la, sama2 kita penat juga (lagipun pegawai mereka turut berdiri bersama2 kita)... semuanya berjalan dengan lancar pada malam tu siap dengan letupan bunga api lagi selepas tamat majlis tu pada jam 12 tgh mlm. Lebih kurang 12.30 mlm baru kami sampai di asrama dan esok paginya kami kena bangun awal untuk pergi menembak di Sipitang... (rasanya ada yang tak mandi malam tu, balik je terus tidur then bangun pagi terus naik lori, hehehe) Tapi malam tersebut memang menjadi pengalaman untuk kami semua mengenai tugas2 polis.. (bukan senang nak jaga tengok orang ni ;) ), terima kasih di ucapkan pada semua kawan2 "seplatun" saya kerana sedia bekerjasama, berkorban tenaga dan masa untuk bertugas pada malam tersebut.. proud with all of you... Teruskan usaha demi menjaga maruah bangsa dan negara...

Praktikal di Balai Polis Beaufort

Nasib baik jmpa jg gmbr korang ni... Ni pula sebahagian daripada anggota tahun 3 yang ditugaskan di Balai Polis Beaufort... Walaupun platun kita terpisah, kita tetap bersedia dengan apa jua keadaan... tak kira di mana kita berada... kita kena la bersatu untuk menghadapi segala dugaan yang sentiasa datang kepada kita... all the best guys!!!