Friday, November 6, 2009

Aktiviti Outdoor di ODEC,UMS

Aktiviti ni da lama sangat pun.. tapi rasanya saya nak masukkan juga supaya aktiviti yang kecil2 macam ni kita tak terlepas pandang. Lagipun kalau diingat balik seronok juga ikut suksis ni sebab banyak aktiviti sebelum ni yang tak pernah di buat 'terpaksa dibuat' hehehehe.... aktiviti ni adalah anjuran pihak UMS, antara aktiviti masa tu ada kayak, perahu naga (kalau tak silap la, hee..lupa da...) tangkap itik lagi tu...paintball (sherlly yang ikut wakil kami hehehe)... ok la walaupun ada yang tak dapat ikut aktiviti masa tu, dapat juga tengok laut (haha ntah nampak ape)... Dari gambar ni jer korang boleh tau semuanya 'happy' betul... hahahaha bukan sebab ikut aktiviti tapi sebab kita satu platun datang...memberi komitmen di antara satu dengan yang lain... mantap la tu hee... :)

Majlis Makan Malam untuk senior Suksis

Majlis makan malam untuk senior2 suksis (tahniah buat mereka) telah diadakan di Sutera Harbour. Ahli2 yang mengurus 'dinner' ni terdiri daripada anggota platun tahun kita dan juga anggota batch 08/09. Pengarah majlis ni adalah Encik Fairul (yang duduk 4 dari sebelah kiri) dan di sebelah Fairul yang berbaju batik warna oren itu adalah ketua platun lelaki tahun kita orang, Johan (teruk juga keadaan meja kamu tu, hehehe)... Apa2 pun tahniah diucapkan kepada semua AJK kerana berjaya melaksanakan tugas masing2 dan telah menjayakan majlis ini dengan baik (walaupun agak ringkas). :) peace!

Hari Kokum jua ni...

Hari Kokum UMS

Jejaka-jejaka hebat + sorang wanita ayu (hehe sape tu) yang sentiasa menyokong aktiviti UMS (ye ker...hahaha...sendiri je la yang tau kan).. masa ni kita semua di jemput untuk menghadiri Majlis Hari Kokum yang di adakan d Dewan Canselor, UMS. Bukan setakat tu jer, ada separuh daripada kita telah membuat persembahan (ala2 dikit barat, cuma tune je tak sampai hee...), dari sebelah kiri paling hadapan, 2 dari kiri: presiden kita orang, namanya Kasram (siap pandang kamera lagi..tau2 je ni hehe)... walaupun agak terlambat tapi nak ucapkan tahniah dan jalankan la tanggungjawab anda dengan adil dan penuh ikhlas...

Thursday, November 5, 2009

Kem Semester bersama Polis Gerakan Am (PGA)

















Setiap kali sebelum nak cuti semester, kita orang mesti ada kem semester. Tapi pada kem semester kali ini (15.5.09), kami bekerjasama dengan PGA dari area KK juga... Aktiviti ini pun best sebab kami di ajar pasal pandu arah dan bergerak berkumpulan di dalam hutan (hutan kecik je dekat area ums tu..belakang menara pentadbiran). Memang penat giler la masa ni sampai berat badan kita semua turun (hmm ye ker?) hehe apa tidaknya sampai 2 kali naik turun bukit 700m tu, pas tu nak pi situ pun kena berlari dari stadium sampai la ke bukit (adui kalau ingat balik, memang penat fuhh). Selepas tu semua jadi "fit" hahaha boleh la jadi polis hutan kalau macam ni kan? hee.. :) Terima kasih la pada semua jurulatih masa tu sebab ajar kami semua supaya tak sesat kat dalam hutan... selain itu, kami di ajar cara nak hidup dalam hutan (sampai ada yang masak air dalam lopak,nasib baik tak kena paksa minum), khemah pun lawa2 (ntah kukuh ke tak) hehehe... walaupun musim masa tu tak menentu,jap hujan, jap panas, (kulit kita semua jadi gelap) tapi puas hati juga dan 'happy' la ada pengalaman macam ni. Anyway to all of you guys... memang mantap bah...

Bakti siswa Suksis di Semporna, Sabah

Perjuangan ini telah menjadi kenangan yang terindah apabila kami berjaya menjalankan bakti siswa di Semporna (jauhnya ni...). Walaupun ramai yang tak dapat hadir (kerana menjalankan tugas lain yang penting), tapi kami berasa sangat terharu juga la... dapat membuat bakti kepada sebahagian penduduk yang tinggal di sana...Perjalanan yang sangat jauh (naik bus UMS mmg pening dan memenatkan laa) langsung tidak memadamkan semangat kami untuk menunaikan hasrat membantu penduduk kampung di sana... banyak juga aktiviti yang best2 kami buat siap dengan aktiviti makan biskut lagi tue... hehehe.. Semasa aktiviti gotong-royong juga, memang terharu betul la bila satu kampung sambut kedatangan kami siap dengan iringan pemuzik tempatan dan khemah (mcm upacara besar-besaran "menteri datang" ni hihihihi).. semua pun rajin betul menebas lalang2 kat situ... paling tak dapat dilupakan malam terakhir kami melaksanakan majlis penutupan dibantu oleh pihak polis Semporna (terima kasih banyak2 pada pihak mereka) dan persembahan mantap (kunun la, hehe "chicken dance") haha rasa lucu juga tapi bangga la ada penari2 yang hebat..(ntah di import dari mana ni). Memang best la dapat pi sana dengan kawan-kawan suksis ni... sporting ja semua.. terima kasih banyak2... :)

Menembak di Sipitang

Gadis-gadis ayu semuanya.. jejaka tampan takde pulak.. maaf la geng, saya takde gambar korang... (tu la,np korang tak bagi hehehehe), ni kenangan kami masa pergi menembak M16 dan Revolver Smith .38 (ntah betul ke tak aku letak nama ni), walaupun masa tu penat (akibat berada di dalam lori polis selama lebih kurang 3 jam), dapat juga kita orang tembak dengan hati yang tenang.. (ye ke?) hee... pengalaman manis yang tak dapat dilupakan sepanjang tahun 2008... pengalaman perit masa tu: haha kena 'tekan tubi' dan lompat bintang sebab gagal...aduhai... all the best pada yang lulus menembak masa tu dan pada yang tak berjaya, cuba lagi yek... :) hehehe

Lawatan ke Penjara Kota Kinabalu

Okey... boleh tahan juga la platun wanita ni...hehe...dengan ini memperkenalkan (nama jer) dari kiri paling hadapan : Ayu, Nursia, Masita, Shida, Aliza, Flovia, Marciana, Juriah, Swee Hoon, Jane.. Barisan kedua dari kiri: Atiqah, Yun Yee, Saliana, Salmiah, Lily, Ahsiah, Fiza, Jee.. 5 gadis di belakang dari kiri: Joanne, Set Fui, Noraini, Annes, Sherlly.. Apa2 pun.. semua mantap laa... :)

Menghadiri perbarisan tamat latihan konstabel

Best juga masa ni dapat tengok kawad yang "mantap" dari pelatih-pelatih polis yang baru jer tamat latihan masa tu...Tapi bertuah juga la sebab Encik Mizan kami dapat tengok perbarisan tu, dan harap nanti kita yang tamat latihan lebih kurang sama la kawad kita...boleh ker... hehe... pada kawan-kawan yang ada dalam ni, thank you so much la for your commitment sehingga kini masih setia dengan suksis walaupun kita dihujani dengan pelbagai masalah (batch kita la tu hehehe)... Semoga berjaya dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan...