Thursday, November 5, 2009

Bakti siswa Suksis di Semporna, Sabah

Perjuangan ini telah menjadi kenangan yang terindah apabila kami berjaya menjalankan bakti siswa di Semporna (jauhnya ni...). Walaupun ramai yang tak dapat hadir (kerana menjalankan tugas lain yang penting), tapi kami berasa sangat terharu juga la... dapat membuat bakti kepada sebahagian penduduk yang tinggal di sana...Perjalanan yang sangat jauh (naik bus UMS mmg pening dan memenatkan laa) langsung tidak memadamkan semangat kami untuk menunaikan hasrat membantu penduduk kampung di sana... banyak juga aktiviti yang best2 kami buat siap dengan aktiviti makan biskut lagi tue... hehehe.. Semasa aktiviti gotong-royong juga, memang terharu betul la bila satu kampung sambut kedatangan kami siap dengan iringan pemuzik tempatan dan khemah (mcm upacara besar-besaran "menteri datang" ni hihihihi).. semua pun rajin betul menebas lalang2 kat situ... paling tak dapat dilupakan malam terakhir kami melaksanakan majlis penutupan dibantu oleh pihak polis Semporna (terima kasih banyak2 pada pihak mereka) dan persembahan mantap (kunun la, hehe "chicken dance") haha rasa lucu juga tapi bangga la ada penari2 yang hebat..(ntah di import dari mana ni). Memang best la dapat pi sana dengan kawan-kawan suksis ni... sporting ja semua.. terima kasih banyak2... :)

2 comments: